Saturday, August 13, 2011

Kek trifle

Kek trifle adalah kek yang aku tak tau pon kewujudannya di dunia nie dan aku tak pernah pon makan kek nie. Teruk betol aku nie. Aku nie bak kata kakak aku umpama katak di dalam kaca nampak tapi tak tau apa pon. Bagaimana aku tau pasal kewujudan kek nie adalah daripada jasa baik kawan aku si wani yang kecik yang aku jumpa sewaktu berpraktikal di Jabatan Alam Sekitar. Dia menabur jasa kepada aku dengan menceritakan tentang kewujudan kek nie. Cerita nie bermula apabila si kawan aku nie bercerirta tentang kesedapan kek nie yang dibuat oleh kawannya semasa dia belajar kat UKM dan disebabkan dia telah tamat pengajian di UKM so dia tak dapat lagi menikmati kesedapan kek trifle yang dibuat oleh kawannya itu. Si wani pon meminta resepi daripada kawannya dan dia pon menceritakan kepada aku nie tapi aku tak buat pon kek tu dan cuma temankan si wani untuk membeli ramuan-ramuannyer. Kisah aku membuat kek trifle nie bermula apabila si wani kecik menceritakan bahawa kek trifle yang dia buat tak berapa nak menjadi dan secara tiba-tiba aku mendapat semangat untuk membuat kek trifle. Aku pon mencari material pasal kek nie kat dalam tnet dan mencari resepi kek trifle melalui blog yang aku jumpa. Akhirnya aku jumpa satu blog yang ada resepi kek trifle dan aku pon mencuba resepi itu tapi mengikut versi aku lah. Dan result nyer pon muncul

Pandangan atas kek trifle aku


Pandangan sisi kek trifle aku

Sepatutnya ader tiga layer tapi tak berapa nampak sebab layer bawah tuk kek roll. Kek nie sepatutnya dibuat untun dibagi kepada kawan aku untuk merasa dan memberi comment sebab aku tak pernah makan kek nie so tak tau samaada kek trifle aku menjadi tau tak. Tapi aper kan daya kek yang dibuat tak sempat dibagi untuk dirasa oleh kawan aku sebab telah dihabiskan oleh ahli-ahli di rumah aku. Oleh sebab itu terpaksa aku membuat kek trifle untuk kali kedua untuk dirasa olek kawan aku dan untuk diberkan comment. Comment kawan aku, dia cakap dah nk jadi tapi layer kedua tu cair sikit so aku tak tau camna sebab aku tak pernah makan kek yang betul- betul telah jadi dan ada seorang staff kat JAS yang membawa kek trifle yang dibuat oleh anaknyer. Akhirnyer aku tau camna layer kedua yang betul telah menjadi dan tu adalah first time aku makan kek trifle yang menjadi. Aku akan mencuba untuk membuat kek trifle seperti aku makan tu dimasa akan datang.

Monday, August 1, 2011

First day of Ramadhan

Selepas asar lauk untuk berbuka mula untuk di masak. Juadah hari ini adalah ayam masak sambal dan sayur campur yang dimasak oleh kakak dan kakak ipar aku..tetiba aku teringat tempoyak kat dalam freezer yang telah dibuat oleh mak aku dan secara tetiba aku terpikir untuk membuat sambal tempoyak..Aku pon mula mencari resepi sambal tempoyak kat dalam internet dan terjumpa lah satu blog yang ader resepi sambal tempoyak tu..Aku pon mencuba membuat resepi itu..Nasib baik aku tinggal kat kampung so senang lah nak cari bahan-bahan seperti daun kunyit dan daun serai...Maklumlah resepi dibuat tidak dirancang..Semua bahan untuk sambal tempoyak telah dicari dan bermulalah resepi masakan sambal tempoyak aku...Disebabkan bulan puasa, so tak tau ler rase sambal tempoyak yang aku masak tu..buka puasa baru dapat tau sedap ker tidak...



Juadah pertama: Ayam Masak Sambal



Juadah kedua: Sayur Campur


Juadah ketiga: Sambal tempoyak masakan aku