Saturday, December 14, 2013

Bengang plus Mengantuk

mata dah mengantuk nie tapi masih nak menaip kat keyboard nie lagi...bengang punye pasal..mengantuk pon tahan sebab nak menaip lagi...bengang ngan line tnet yang lembap dan winner tv yang aku tengok stop ditengah jalan..bodoh betol...dah ler tungu punye lame dari pukul 10 lebih tadi siap boleh tengok fantastic four kat tv3 tadi...tapi winner tv tak dapat gak aku tengok.bengang betol...kena tunggu esok ler jawabnyer...mahu tengok esok mak aku membebel kat aku nanti..mau tak membebel..dah ler tido lambat..pastu bangun mesti la lambat punye...pastu duk kat depan komputer jer..dari pagi sampai ker malam...maaf yer mak..dapat anak macam aku nie...kena ler tahan sikit perangai anak yang tak berapa makan saman nie...

Gud nite..See you tommorow winner tv...



Gambar nie daripada yg life....

Friday, December 13, 2013

Kebosanan

Tak sabarnyer aku nak tengok winner tv...duk depan komputer menulis entri sebab menunggu winner tv..sambil menunggu aku menulis entri kat blog yang dah lama aku tinggalkan nie..Tak pe lah,janji aku ada entri setiap tahun..apa nak buat blog nie si pemiliknyer seorang yang pemalas sikit tuk menaip untuk men-update blog nyer..tapi tak kisah lah..Disebabkan dah kebosanan kat rumah nie..tu yang di upadate blog nie..

Disebabkan aku dah terlalu bosan tahap gaban nie..maka blog aku ada lah entri..kalo tak jangan haraplah aku nak bukak blog aku nie...tiap2 masa aku akan bukak youtube ngok video tak pon main game...hidup kalo tak bekerja nie makan tido jer lah aku nie...mak aku pon dah tak tau nak cakap per kat aku nie..tiap-tiap hari duk depan komputer..kalo tak depan komputer ngok video kat you tube..main game kat tab...tula lah rutin harian aku nie...hidup aku nie cam orang tak ada life lak aku nie...tak per...tahun depan tak tau lagi..harap-harap ada benda baru kat blog nie...

nak gi tengok winner tv pulak...see you soon mg blog...(^_^)..

2013

Last entri aku kat blog nie masa bulan 12 tahun 2012 dan sekarang entri yang terbaru pulak bulan 12 tapi tahun 2013. Aku tulis setiap entri aku kat blog nie masa aku tak berkerja.So sekarang aku penganggur terhormat kat rumah...huhuhu..Setahun yang lepas aku mencari kerja,sekarang pon aku masih mencari kerja.Susahnyer nak mencari kerja yer.Apa nak buat rezeki kerja tak ader lagi...Harap-harap tahun depan dapatlah kerja.Interview dah banyak pergi tapi satu pon tak sangkut.Camna nak leh lepas interview...dah pening pikir caranyer...bilalah aku nak dapat kerja yang tetap...Harap aku dipermudahkan mendapat kerja..

2013 akan berakhir..apalah akan terjadi di tahun 2014...adakah aku akan menulis lagi entri setahun sekali atau tak menulis lagi...tapi akan aku pasti setiap tahun akan ada entri jika masih bernafas di dunia nie...

2014 aku akan menunggu ketibaan mu...

Monday, December 10, 2012

Kerja oh kerja

Kerja oh kerja bila la ko nak datang. Lama sudah aku menuggumu wahai kerja. Bilalah kerja yang aku interview nak dapat. Tak paham aku. Kang kalo aku mintak kerja kat tempat lain time tula la ko nak datang memanggil diriku nie..huhu. Sedey rasa diri ini memikirkan kerja itu. Terlalu lama aku menunggumu wahai kerja. Wahai kerja, kau telah memberiku harapan tetapi megapa kau tidak mahu bertemu dengan diri ini. Aku telah lame menunggumu wahai kerja. Cepatlah datang bertemu dengan diriku. Telah aku memanggilmu wahai kerja tapi kau masih berdegil dan ingin diri ini menunggu. Diri ini berasa tidak sanggup menunggumu terlalu lama. Empat tahun diri nie menimba ilmu dan diri ini mahu menabur bakti kepadamu wahai kerja yang aku interview. Kerja oh kerja cepatlah datang. 



gambar ehsan daripada google image...

Entry setahun sekali

10/12/2012 jam 4.11 pm entry pertama aku untuk tahun 2012. Hampir setahun tak menaip entry baru kat blog aku .Aku rasa aku bukak blog nie setahun sekali kot. memang giler la.aku nie memang tak boleh nak jadi active blogger kot...hahaha.Suka sendiri.Tak kisah la, aku memang tengah bosan duduk kat rumah .Komik kat mangahere dah banyak yang aku dah baca.Rasa hari nie aku nak tulis entry baru untuk akhir tahun 2012. Tak tau bila aku nak bukak blog aku nie. Tula la orang buat blog aku nak buat gak tapi aku nie memang ler tak tau la nak cakap per.Hari nie aku nak tulis entry banyak sikit sebab dah lama tak post apa-apa entry baru.Gud luck untuk diri sendiri.Hwaiting.

Saturday, August 13, 2011

Kek trifle

Kek trifle adalah kek yang aku tak tau pon kewujudannya di dunia nie dan aku tak pernah pon makan kek nie. Teruk betol aku nie. Aku nie bak kata kakak aku umpama katak di dalam kaca nampak tapi tak tau apa pon. Bagaimana aku tau pasal kewujudan kek nie adalah daripada jasa baik kawan aku si wani yang kecik yang aku jumpa sewaktu berpraktikal di Jabatan Alam Sekitar. Dia menabur jasa kepada aku dengan menceritakan tentang kewujudan kek nie. Cerita nie bermula apabila si kawan aku nie bercerirta tentang kesedapan kek nie yang dibuat oleh kawannya semasa dia belajar kat UKM dan disebabkan dia telah tamat pengajian di UKM so dia tak dapat lagi menikmati kesedapan kek trifle yang dibuat oleh kawannya itu. Si wani pon meminta resepi daripada kawannya dan dia pon menceritakan kepada aku nie tapi aku tak buat pon kek tu dan cuma temankan si wani untuk membeli ramuan-ramuannyer. Kisah aku membuat kek trifle nie bermula apabila si wani kecik menceritakan bahawa kek trifle yang dia buat tak berapa nak menjadi dan secara tiba-tiba aku mendapat semangat untuk membuat kek trifle. Aku pon mencari material pasal kek nie kat dalam tnet dan mencari resepi kek trifle melalui blog yang aku jumpa. Akhirnya aku jumpa satu blog yang ada resepi kek trifle dan aku pon mencuba resepi itu tapi mengikut versi aku lah. Dan result nyer pon muncul

Pandangan atas kek trifle aku


Pandangan sisi kek trifle aku

Sepatutnya ader tiga layer tapi tak berapa nampak sebab layer bawah tuk kek roll. Kek nie sepatutnya dibuat untun dibagi kepada kawan aku untuk merasa dan memberi comment sebab aku tak pernah makan kek nie so tak tau samaada kek trifle aku menjadi tau tak. Tapi aper kan daya kek yang dibuat tak sempat dibagi untuk dirasa oleh kawan aku sebab telah dihabiskan oleh ahli-ahli di rumah aku. Oleh sebab itu terpaksa aku membuat kek trifle untuk kali kedua untuk dirasa olek kawan aku dan untuk diberkan comment. Comment kawan aku, dia cakap dah nk jadi tapi layer kedua tu cair sikit so aku tak tau camna sebab aku tak pernah makan kek yang betul- betul telah jadi dan ada seorang staff kat JAS yang membawa kek trifle yang dibuat oleh anaknyer. Akhirnyer aku tau camna layer kedua yang betul telah menjadi dan tu adalah first time aku makan kek trifle yang menjadi. Aku akan mencuba untuk membuat kek trifle seperti aku makan tu dimasa akan datang.

Monday, August 1, 2011

First day of Ramadhan

Selepas asar lauk untuk berbuka mula untuk di masak. Juadah hari ini adalah ayam masak sambal dan sayur campur yang dimasak oleh kakak dan kakak ipar aku..tetiba aku teringat tempoyak kat dalam freezer yang telah dibuat oleh mak aku dan secara tetiba aku terpikir untuk membuat sambal tempoyak..Aku pon mula mencari resepi sambal tempoyak kat dalam internet dan terjumpa lah satu blog yang ader resepi sambal tempoyak tu..Aku pon mencuba membuat resepi itu..Nasib baik aku tinggal kat kampung so senang lah nak cari bahan-bahan seperti daun kunyit dan daun serai...Maklumlah resepi dibuat tidak dirancang..Semua bahan untuk sambal tempoyak telah dicari dan bermulalah resepi masakan sambal tempoyak aku...Disebabkan bulan puasa, so tak tau ler rase sambal tempoyak yang aku masak tu..buka puasa baru dapat tau sedap ker tidak...



Juadah pertama: Ayam Masak Sambal



Juadah kedua: Sayur Campur


Juadah ketiga: Sambal tempoyak masakan aku